Saturday, September 12, 2009

RAMADHAN

50 tahun yang lalu, Hamba masih teringat sewaktu bulan Ramadhan, setiap malam jam 4.30 pagi Emak selalu mengejutkan Hamba untuk makan sahur. Selalunya Hambalah yang terakhir dikejutkan ( mungkin anak bongsu) kerana makanan dah siap disediakan. Kakak dah lama bangun, tolong Emak di dapur. Abang-abang, kakak-kakak yg lain, serta Abah dah dikejutkan dulu.

Hamba masih ingat dengan lampu minyak tanah ditangan, Hamba pergi ke bilik air diluar rumah di temani oleh kakak. Dalam keadaan gelap, Hamba terus membasuh muka dan mulut dari air takongan tong 'dram' yang diambil pada siang tadi dari paip air ditepi jalan. Itulah kerja Hamba setiap hari, 'menggalah' 2 tin besar air untuk minuman. Untuk mandi, kami pergi ke 'pancor', iaitu air yang keluar dari tanah lajunya seperti air terjun. Sejuk, bersih, maklumlah 'air mineral'.

Emak selalunya menyediakan makanan yang begitu 'simple' sahaja. Simple bukan kerana kami berdiet, tetapi dengan kewangan yang terhad, Emak terpaksa berjimat untuk mempastikan kami berlapan beranak ada makanan setiap hari. Selalunya mesti ada telur masin, pencetus selera. Makanan yang lain kebanyakan lebihan berbuka puasa, yang telah dipanaskan. Tidak lebih dari 3 jenis sahaja!! Kalau ada ayam goreng pun, satu peha ayam berkongsi 3 orang. Itu merupakan satu kenikmatan bagi kami.

Suasana malam yang dingin selalunya menjadi riuh rendah dengan suara gurauan, ketawa dan hilaian kami. Hamba masih terigau-igau bila mengenangkan ketika itu. Abah dan Emak hanya tersenyum melihat telatah kami, sambil mencelah menyuruh kami makan dengan sopan. Lauk yang tidak seberapa tidak menghalang selera kami dan ketawa kami. Itulah satu-satu masa yang amat gembira dan susah hendak Hamba lupakan.

Abang Hamba yang kedua akan terus ke anjung rumah untuk menyiapkan 'bintang' besar yang akan digantungkan di luar tingkap hadapan rumah. Begitu teliti pembuatannya, dengan berwarna warni kertas yang digunakan. Rumah Hamba di malam Raya akan kelihatan berseri-seri dengan kerlipan 'bintang' menggunakan lampu minyak tanah. Masih ingat pesanan Abah 'sebelum tidur lampu minyak mesti dipadamkan , takut terbakar' !!!

Saturday, September 5, 2009

PERISTIWA SEJARAH TANAH AIR: LUPA ATAU TIDAK AMBIL BERAT????

Bulan Ogos dan September merupakan 2 bulan yang amat bersejarah untuk Negara Malaysia.

Ogos atau August dalam Bahasa Inggeris bermaksud bulan ke 8 dalam satu-satu tahun. August juga bermaksud respected/ influential( unggul /mulia). Secara umum boleh ditafsirkan bulan Ogos sebagai bulan yang dianggap sebagai unggul. Apatah lagi 52 tahun yang lalu, Negara kita, yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah ketika itu, mencapai kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos, 1957, membawakan kebebasan, kemerdekaan, kesediaan rakyat Tanah Melayu untuk berdikari, berfikir sendiri dan bebas untuk membangunkan Negara tercinta. Pengorbanan rakyatnya, khususnya dari Kaum Melayu, dari segi nyawa dan tenaga, harta dan wang, usaha dan pemikiran melalui politik tanahair, pentadbiran, ketenteraan, polis dan keselamatan, penulisan dan lain-lain, tidak dapat dibalas dan dinilaikan.

September pula merupakan bulan ujudnya Negara Malaysia kita iaitu pada 16 September 1963. Tanggal ini mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (kemudiannya keluar dari gagasan ini), menjadi sebuah Negara yang lebih besar, iaitu Malaysia. Kini Malaysia tercatat di peta dunia sejak 1963, dan telah membangun dan maju dengan pesatnya. Rakyat berbilang Kaum hidup aman damai dengan sikap hormat menghormati serta toleransi diantara satu dengan lain .

Hamba terkejut juga semasa menjalankan tugas dahulu apabila ditanya kepada Guru-guru sandaran terlatih yang hendak dilantik kejawatan tetap kerajaan, mereka tidak tahu mengapa Malaysia ditubuhkan. Apa ertinya penubuhan Malaysia bagi Sabah dan Sarawak? Apa maksud Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957? Ramai mengatakan 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak juga. Hamba katakan pada 1957, Sabah dan Sarawak belum merdeka. Belum pun lagi menyertai Malaysia. Bila pula tarikh Sabah dan Sarawak merdeka? Bertambah keliru mereka!! Dimana salahnya disini? Adakah pendidikan kita di sekolah tidak menyatakan dan menjelaskan dengan tepat maksud tarikh-tarikh tersebut. Ataupun Kerajaan di dalam mengingati peristiwa sejarah tanah air, lupa menghargainya ataupun tidak menjelaskan dengan betul maksud perayaan tersebut, sehinggakan rakyat keliru dan salah tanggap peristiwa sejarah tanah air kita.

Hamba maklum dan Hamba rasa ada yang maklum, mengapa 31 Ogos setiap tahun diangkat sebagai Tarikh Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia, walapun pada tahun 1957 Sabah dan Sarawak belum menyertai Malaysia. Kerajaan perlu menentukan 1 tarikh yang sesuai untuk Ulangtahun Kemerdekaan, dan 31 Ogos adalah amat sesuai kerana ia merupakan tarikh Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan. Ia merupakan 1 peristiwa yang amat bersejarah, dan yang terawal. Memang Tunku Abdul Rahman mengharapkan 31 Ogos 1963 diisytiharkan penubuhan Malaysia, tetapi oleh kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan terpaksa diisytiharkan pada 16 September.

Tetapi mengapa keadaannya begini sekarang ini? Ramai yang keliru. Adakah saja-saja kita nak lupakan sejarah atau kita tak ambil berat, atau nak kelirukan mereka? Bukankah 31 Ogos dan 16 September adalah tarikh-tarikh penting untuk Negara dan rakyat Malaysia. Hamba harap pihak tertentu akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengingati juga 16 September seperti kita mengingati 31 Ogos supaya rakyat tidak keliru. Janganlah kita lupakan sejarah atau tak ambil berat, sebab kita 1 Malaysia!!!

( Nota: Artikel ini telah keluar dalam Utusan Malaysia, ruangan Forum pada 18 Sept, 2009)

Monday, August 31, 2009

'IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT, DALAM KUALI TENTU MUAFAKAT'



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA
!



Tahniah Negaraku Malaysia kerana merayakan Hari Kemerdekaannya yang ke 52 pada hari ini - 31 Ogos, 2009. Lebih setengah abad umurMu, seperti juga diri Hamba yang kini melebihi usia Dirimu! Kalau Manusia sudah cukup asam garamnya, tetapi untuk sesebuah Negara, dalam umur sebegini ia masih mencari 'kecukupan asam garamnya'.... samada asam keping yang hendak ditambah, atau asam jawa yang lebih baik, atau pun nak digantikan terus dengan asam limau!!!!!!!!!!!!!!!! Atau nak dibuang terus garamnya.

Apapun, wahai rakyat di Negaraku, belajarlah dari Sejarah. Dari mana asal usulnya asam dan garam? Adakah asam dari pokok asam jawa?? atau dari pokok asam gelugor??? atau dari pokok limau nipis, limau purut, limau kasturi???? Dari mana datangnya garam?? Adakah dari laut????? Kewujudannya takkan berubah. Asalnya sama sahaja. Yang berubah kalau untuk asam mungkin pokoknya telah direndangkan!!!

Hamba kagum dengan Tema Hari Kemerdekaan Negara kita pada tahun ini -- 'SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' yang amat bersesuaian dengan masa dan keadaan Negara kita pada masa ini. Tema ini telah diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita. Logonya 1MALAYSIA melambangkan visi negara untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Sama-samalah kita berdoa agar harapan Perdana Menteri kita serta Rakyat di Negara ini, supaya masyarakat di Negara ini akan terus bersatu padu dan cintakan negara, akan tercapai sepenuhnya. Seperti dalam sebuah lagu Melayu lama, ' ikan di laut, asam di darat, dalam kuali tentu muafakat'. Asam berasal dari daratan mana? Ikan di laut, lautan mana? Tetapi bila dicampurkan, pasti menjadi makanan yang cukup enak rasanya! Walaubagaimanapun, asam tetap asam, ikan tetap ikan dan garam tetap garam. Asalnya tetap dari tempatnya!! Yang menyatukannya HANYA kuali tempat ia dimasak.

Wahai Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, sebagai Warganegara di Negara ini, ibaratkan diri seperti lagu diatas .. ujudkan perpaduan, permuafakatan, berkerjasama.... Tetapi.....kenyataanya Kaum tetap Kaum! yang secara rela dan hakikinya harus terpelihara. Seperti asam tetap asam!!!! Ia merupakan sejarah dan sejarah adalah peristiwa yang benar berlaku. Tidak boleh diputuskan tali sejarah - akan tempanglah ia! Ura-ura untuk menyingkirkan perkataan kaum dan agama dalam dokumen/maklumat penting rasmi mengenai diri di Negara ini, pastinya tentu tidak wajar!!!!!! Kaum Melayu, tetap Melayu, Kaum Cina tetap Cina, Kaum India tetap India. Kita tahu kalau asam tentulah di darat dan ikan pula dari laut atau air ..... takkan kita nak lupakan asal usul, keturunan dan kaum kita!!! Adakah kita sengaja nak lupakan Sejarah?

Hamba Bangga sebagai Kaum MELAYU, Keturunan MELAYU (Mandailing), RAKYAT MALAYSIA !!!!!!!!!!!!

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 52!!!!!!!! MERDEKA !

( Nota: Artikel ini telah keluar dalam Utusan Malaysia, 3 Sept,2009, Ruangan FORUM m.s.12)

Wednesday, August 26, 2009

WANITA

25 Ogos setiap tahun merupakan perayaan Hari Wanita di Negara kita. Setiap tahun wanita dihargai dan diingati diatas jasa-jasa mereka samada sebagai seorang ibu, isteri, kakak, adik, pekerja, guru, pemimpin, dan banyak lagi peranan yang dimainkan oleh mereka. Tanggungan yang dipikul oleh seorang wanita amat berat sekali. Setinggi mana pun kedudukannya, seorang wanita masih memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu, seorang isteri -- beliau tetap memikirkan sudahkah anak-anaknya makan; apakah hidangan yang perlu disediakan untuk si suami dan pelbagai lagi. Dipejabat pen yang dipegang, dirumah senduk yang dihayun! Seorang wanita itu memang versatile! Oleh itu memang wajar hari khas untuk wanita diujudkan.

Wanita-wanita seperti Aishah Ghani, Fatimah Hashim, Kontek Kamariah, Ibu Zain, Putih Mariah memang tidak asing lagi bagi kita. Sumbangan dan jasa mereka tidak dapat ditandingi. Malahan ramai lagi yang perlu kita ingati supaya nama-nama ini tidak akan hilang dalam lipatan sejarah. Ada badan-badan tertentu yang telah berusaha untuk mengumpul dan menerbitkan buku mengenai tokoh-tokoh wanita tanahair. Syabas kepada NCWO juga kepada Pertiwi.
Sayangnya, tokoh-tokoh ini merupakan tokoh diperingkat kebangsaan sahaja. Bagaimana dengan mereka yang merupakan tokoh dibelakang layar? Tokoh-tokoh yang hanya terkenal dalam bidang masing-masing? Tokoh-tokoh yang memegang jawatan tinggi di agensinya sahaja? Siapakah yang akan mengingati mereka?

Hamba cadangkan supaya badan-badan seperti Puspanita, Bakat, Bakti, dan banyak lagi badan-badan yang mewakili wanita samada di agensi kerajaan, politik, swasta, pertubuhan dsbnya, mengumpul maklumat mengenai tokoh wanita di agensi/ pertubuhan masing-masing dan terbitkan dalam bentuk buku untuk makluman orang ramai supaya terpahat dalam sejarah. Ingat puan-puan, kalau puan sendiri tak memulakan, siapa yang akan meneruskannya? Hamba pasti ada yang mahu menyumbang untuk menerbitkannya.

Tuesday, August 25, 2009

JALUR GEMILANG - SIAPA MENCADANGKAN NAMA INI?

http://lazuardiblue.wordpress.com/2007/08/23/bendera-kita/

Kebanyakan negara menamakan Bendera mereka. Bagi Negara kita, JALUR GEMILANG menjadi pilihan.

Antara Bendera - bendera kebangsaan yang mempunyai nama adalah:
  • Sang Saka Merah Putih (Indonesia)
  • Stars And Stripes (Amerika Syarikat)
  • Union Jack ( Britain)
  • Dannebrog ( Denmark)
  • Siniristilippu ( Finland)
  • Hinomaru (Jepun)
  • Tricolore (Perancis)
Dengan memberi nama kepada Bendera kebangsaan, sesebuah negara akan dapat merasakan kebanggaannya apabila ia dikibarkan. Nama Bendera tersebut melambangkan identiti dan kemegahan Negara tersebut.

Begitu juga dengan JALUR GEMILANG.

Bekas Perdana Menteri kita yang keempat, Yg Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir telah mengumumkan nama JALUR GEMILANG sebagai nama Bendera Kebangsaan kita. Tahniah Tun kerana memilih nama bendera yang begitu tepat dan sesuai sekali.

Tahukah rakyat Malaysia siapakah yang mencadangkan nama tersebut? Orang yang mencadangkan nama tersebut adalah En Ridzuan Tumin, seorang Kurator dari Muzium Negara.
Beliau mencadangkan nama tersebut melalui Muzium Negara, telah diplih oleh Jawatankuasa yang menentukannya dan dikemukakan sebagai salah satu nama untuk pilihahan Perdana Menteri. JALUR GEMILANG telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai nama Bendera Kebangsaan Negara kita.

Monday, August 24, 2009

KEMERDEKAAN NEGARAKU MALAYSIA

Bulan Ogos merupakan bulan yang bersejarah untuk negara kita Malaysia. Bagi Hamba bulan ini membawa kenangan yang tidak dapat Hamba lupakan. Bulan Ogos, 1957 Hamba masih ingat, Mak Hamba dengan berbaju putih, berkain merah, berselendang putih sibuk kehulu-hilir di Pekan Batu Gajah, Perak membantu Kaum Ibu UMNO menyediakan segala persiapan untuk perayaan menyambut Hari Kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tanah airku yang kucintai.

Ketika itu Hamba baru Darjah 5 Sekolah Melayu; baru berumur 10 tahun. Tapi sudah faham apa erti kemerdekaan. Abah Hamba bekas Sgt Mejor dalam Pasukan Polis, yang telah masin dan kenal asam garam penjajahan, pengkhianatan Bintang 3, keganasan Jepun dan Komunis dan penyeksaan yang dialami oleh rakyat Tanah Melayu ketika itu, khususnya orang Melayu, yang dikhianati dan melarat dinegaranya sendiri. Walaupun jasa Abah Hamba terhadap negara, telah dianugerahkan dengan pelbagai Bintang oleh King George/ Queen Elizabeth, namun hatinya tetap meronta inginkan kebebasan untuk Negaranya, dan dirinya.

Sebagai Ketua Polis di Balai Polis Newtown, Ipoh, setiap pagi bila bendera Union Jack dinaikkan, hatinya senantiasa meronta-ronta marah dan berdoa semoga disuatu hari nanti bendera yang melambangkan kebebasan Tanah Melayu akan dikibarkan. Beliau berharap disuatu hari nanti anak bangsa Tanah Melayu ini akan memegang teraju Negara ini. Bukannya Inggeris tidak berusaha memajukan negara, tetapi penjajahan tetap penjajahan! Kebebasan bersuara tidak ada. Bagi Abah Hamba, nama Tunku Abdul Rahman Putra tidak lekang dari mulutnya, dan seperti rakyat Tanah Melayu pada masa itu, tidak ada orang lain yang dapat diharapkan untuk melepaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, melainkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, UMNO dan Parti Perikatan.

Hamba masih ingat dalam perjalanan Tunku Abdul Rahman memaklumkan rakyat mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku pernah singgah di Batu Gajah. Terbayang lagi bagaimana gembiranya orang Batu Gajah menerima dan mendengar ucapan Tunku. Mereka terasa bebas dari cengkaman penjajah!

Pada 31 Ogos, 1957 Hamba bersama kakak dan abang pergi ke Padang Sekolah Lelaki, Batu Gajah untuk menyaksikan penurunan bendera Union Jack dan terkibarnya Bendera baru Tanah Melayu yang Merdeka. Abah dan Emak telah berbaris bersama rakan-rakan yang lain. Begitu juga Abang yang sulong bersama kakak yang tengah. Mereka juga berbaris megah. Tak dapat Hamba bayangkan berapa gembira dan megahnya Hamba bila lagu NEGARAKU dan Bendera baru Tanah Melayu dikibarkan.

Kini Bendera tersebut telah dinamakan JALUR GEMILANG.

Tetapi ramai yang telah terlupa atau buat-buat lupa akan pengorbanan orang-orang yang telah berusaha untuk melepaskan negara ini dari cekaman Penjajah.

Thursday, August 6, 2009

SATU LAGI TESTIMONI VEMMA

Bersama Datin Rohani dalam VEMMA

MAJALAH MIDI

Edisi Jun 2009


Anda masih ragu-ragu?

Jus Vemma memang berkhasiat, banyak penyakit yang dapat diatasinya.

Sistem Vemmabuilder pun canggih, 90% kerja kita dilaksanakannya. Kita tidur pun sistem ini masih berjalan, melaksanakan bisnes kita. Kita hanya melaksanakan 10% kerja saja. Senangkan!

Jadi sertailah VEMMA. Layari http://www.worlbizmoney.com

Wednesday, August 5, 2009

JANTUNG

Hari Ahad yang lepas Hamba masuk IJN atas arahan Doktor. Kecut perut Hamba, maklumlah jantung bukan perkara main-main. Disitulah pusat segala-galanya. Hidup mati kita bergantung kepada jantung kita.

Hari Rabu sebelumnya, Hamba pergi ke IJN untuk buat echo test. Semasa test tersebut, jantung Hamba ada masalah. Dada Hamba terlalu sakit mencengkam rasanya. Nafas sesak, tersekat-sekat. Doktor yang merawat terpaksa memberhentikan test tersebut, dan memberi ubat di bawah lidah untuk menurunkan kesakitan. Syukur, jantung Hamba balik normal, tapi Doktor kata kena masuk Wad pada hari Ahad untuk menjalani angiogram.

Hamba dimasukkan ke Bilik Teratai, di Wad Bunga Raya. Alhamdulillah, semua jururawat dan petugas disitu baik-baik belaka, senantiasa peka dengan tugas masing-masing. Jantung yang sakit pun mula tenang. Tapi pagi Isnin Hamba panik juga, sebab kena berpuasa sebelum masuk bilik OT. Mujur berpuasa, kalau tidak bagi makan pun tak tertelan.

Tepat jam 2.15 ptg, jururawat datang membawa Hamba ke Bilik OT. Tak lama menunggu diluar bilik, Hamba dibawa masuk Bilik OT. Doktor yang merawat Hamba, Dato Seri Dr Robaayah, telah bersedia menanti Hamba. Seorang Doktor Pakar Jantung yang bukan sahaja terkenal di Malaysia, tetapi juga di luar negara, Dato Seri Dr Robaayah melaksanakan angiogram dengan begitu cekap, teliti sambil beliau menenangkan Hamba, sehinggakan Hamba tak sedar pun proses tersebut telahpun selesai. Pada masa itu juga Dato Dr Bala, seorang lagi Doktor Pakar yang merawat Hamba, juga turut hadir. Alhamdulillah, mengikut mereka Hamba hanya mengalami sedikit kesempitan laluan darah di artery disebelah kiri, tetapi tidak memerlukan endoplasty. 6 jam Hamba terlentang di atas katil. Doktor kata tak boleh bangun, duduk serta menggerakkan kaki kanan. Sakit pinggang, tapi bila fikirkan kesihatan lebih utama, Hamba akur.
Terima kasih Hamba kepada Dato Seri Dr Robaayah, Dato Dr Bala dan jururawat yang membantu. Terima Kasih Kerajaan Malaysia yang senantiasa perihatin terhadap rakyat Malaysia.

Hari Selasa Hamba balik kerumah dengan hati yang lega. Doktor berpesan kena selalu bersenam dan menjaga makanan. Syukur, Hamba dah jadi Ahli Vemma, Hamba ada jus Manggis Vemma yang dapat membantu menjaga kesihatan. Sudah 4 bulan Hamba minum jus tersebut, kalau tidak mungkin keadaan Hamba lebih teruk lagi. Terima Kasih Vemma. Tanpa jantung kita tidak boleh hidup, jantung hati penawar hidup kita, jantung pisang kelat tapi berisi. Oleh itu jagalah JANTUNG. Minumlah Jus VEMMA, sertailah Vemma. http://www.worldbizmoney.com

MR CLAY JACKSON, VEMMA ROYAL AMBASSADOR

Pada 2hb Mei,2009 Mr.Clay Jackson, Vemma Royal Ambassador, telah datang ke Malaysia untuk berkongsi maklumat, pengalaman serta memberi sokongan kepada Vemma di Malaysia dan juga business oppurtunity bersama Vemma. Memang bermanafaat kepada mereka yang datang ke majlis tersebut. Beliau juga telah datang lagi bersama Mr.Matt Morrow, seorang lagi Vemma Royal Ambassador, pada 7hb Jun 2009 lalu ketika Majlis Gala VFT Vemma 2009 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.

Jadi ramai yang telah mengambil peluang untuk mendapat semangat dan juga panduan daripada mereka bagaimana mereka bina Business Vemma mereka sehingga menjadi Jutawan dalam masa 2 tahun bersama Vemma. Apa2 pun mari join Hamba dalam Vemma. Klik www.worldbizmoney.com Yang belum upgrade jadi member upgrade segera, jika anda betul2 mahu mengubah hidup anda dan juga kesihatan kepada yang lebih baik, insyaallah.

Gambar-gambar ini adalah gambar ketika Mr Clay Jackson datang ke Malaysia pada Mei lepas.



VEMMA - TESTIMONIAL

Tom and Bethany AlkazinAfter three decades in this industry, we know that great opportunities are difficult to find. VEMMA is clearly one those "great" opportunities! When you study VEMMA, you'll find it is the best balanced opportunity available today----company strength and stability, a truly unique product formulation, a simple and yet powerful compensation plan and lastly, the systems and tools to help you build! If you have a desire for change and are willing to work, VEMMA can be a financial "dream come true" for you!

Vemma Elite Members
Tom and Bethany Alkazin

Vemma - All Over the World


Baca Testimoni saja memang seronok, tapi kalau nak kenyataan dan kebenarannya, kenalah jadi Member, terlibat bersama. Jadi klik disini untuk mengetahuinya http://www.worldbizmoney.com

Tuesday, July 21, 2009

SELAMAT JALAN KUCINGKU

Kucing merupakan binatang kesayangan Hamba sekeluarga. Orang kata membawa rezeki. Ada satu ketika Hamba mempunyai lebih 20 ekor kucing, semuanya jenis biasa, tinggal di luar rumah - makan 2 kali sehari ( friskies dan nasi bergaul ikan rebus), tidur pun di luar rumah. Mereka dibenarkan masuk ke dapur semasa makanan mereka disediakan. Mereka seolah-olah maklum mengapa mereka tidak dibenarkan masuk dan tidak pula mendesak hendak masuk. Bila Hamba, suami atau anak-anak balik kerja, banyak yang menunggu kami sehinggakan susah untuk memasukkan kereta di rumah. Selagi tidak ditegur atau disentuh selagi itu mereka tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Sampaikan ada yang merajuk, lari bila nak dipegang!

Nama mereka bermacam-macam - rekaan kami sekeluarga. Itam, Putih, Ning, Soid, Khai, Boy, Girl, Cassandra, Comel, Hero, One-Eyed Bear, Nikki, Sylvester, dan banyak lagi hinggakan dah lupa. Tapi kini, tinggal 4 ekor saja... sedih.

Dua hari yang lepas Nikki mati. Dia sakit telinga, ada 2 kali kami bawa ke klinik untuk ubatkan telinganya. Nampak baik sikit. 4 hari yg lepas, dia tak balik kerumah walaupun dipanggil semasa waktu makan. Tiba-tiba 2 hari yang lepas kira-kira jam 5 petang suami Hamba jumpa dia bersembunyi dibawah meja dalam keadaan tenat. Terus anak Hamba Yanti, Yazmin, Hazlan, Faizal dan Raheez bawa dia ke klinik haiwan, tetapi semuanya telah tutup. Akhirnya mereka bawa Nikki ke Hospital Veterinar, Animal Medical Centre Sdn Bhd di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Nikki dimasukkan 'drip', dicuci telinganya dan kata doktor akan diambil sample darahnya sebelum di'operate' pagi esoknya. Tapi doktor mengatakan keadaannya agak tenat. Tinggallah dia dihospital haiwan.
Esoknya doktor talipon Yanti menyatakan Nikki telah mati pada sebelah malam. Teresak-esak Yanti menalipon kami semua. Termenung dan menangis kami. Hafiz, anak Hamba seorang lagi terus tergamam mendengar berita. Hospital menunggu kedatangan Yanti sebelum bangkai Nikki dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada binatang lain. Mereka begitu prihatin dan turut bersimpati dan membiarkan Yanti melihat Nikki dalam 5 minit. Mereka memberi tissue untuk Yanti mengelap air matanya. Belum pernah Hamba melihat dan mendengar betapa peka, prihatin, dan penyayangnya petugas-petugas hospital/klinik seperti yang bertugas di hospital Animal Medical Centre. Terima kasih. Nikki mati di Hospital 5 star!

'One-Eyed Bear' yang memang bermata satu setelah dioperasi kerana kerosakan mata, mati bulan lepas. Kucing ini adalah yang paling hamba sayang. Manja, cantik tapi digigit oleh anjing neighbour sebelah. Sempat dioperate, tetapi bila balik dalam 7 hari selepas itu dia mati.
Kalau dikira wang membayar rawatan mereka sahaja Hamba rasa hampir 5, 6 ribu ringgit.
Kerana sayang, kami tidak ambil kira asalkan mereka sihat. Kami tidak menyesal, tapi kami rindukan kemanjaan mereka. Selamat Jalan Kucingku!

Saturday, July 18, 2009

Bacaria 17th January 2009 Vemma Nutrition Program


Friday, July 17, 2009

VEMMA

You Are In Danger of Losing Your Site



Sudah hampir 5 bulan Hamba menyertai Vemma, iaitu sebuah bisnes 'Multi Level Marketing' (MLM).
Bisnes ini berasal dari USA sejak lebih 10 tahun yg lepas, tetapi baru bertapak dengan kukuh disana sejak 4 tahun yang lepas. Ramai yang telah berjaya menjadi jutawan, seperti Mr Matt Morrow dan Mr Clay Jackson. Kedua-dua mereka ini datang pertama kali ke Malaysia baru-baru ini pada 7hb Jun, 2009 sempena GALA Vemma Fast Start Training (VFT) dan Awards Ceremony yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Hamba rasa tercabar dengan kejayaan mereka. Mereka baru berumur awal 40an - dah jutawan! Mereka merupakan 'Direct Upline' kepada Pengasas Vemma di Malaysia, Norsalehin (Presidential Leader), Hazrul (Star Platinum), Razrul ( Star Platinum) dan Fariz ( Platinum) -- 4 orang anak muda dalam lingkungan umur dua puluhan! Syabas kepada mereka.

Hamba terpikat dengan bisnes MLM ini, kerana kecanggihannya. Memang hamba tak pernah percaya dengan MLM, sebab Hamba bukan pandai 'bercakap' dan 'menjual'. Hamba malu nak jumpa orang. Hamba tak ramai kawan. Dan Hamba tak ada masa nak melaksanakannya!

Satu hari bila Hamba 'surf' internet, ternampak iklan Vemma. Hamba daftar dan selepas itu Hamba tidak berpaling kebelakang lagi. Dah terpikat! Mana tidaknya, bisnes Vemma menggunakan internet, tak payah nak jumpa orang, dan tak perlu jual barang macam MLM yang lain -- hanya beli jus manggisnya yang berkhasiat sahaja (
http://www.vemmanggis.com/products.html ) serta bayar sistem vemmabuilder untuk Hamba layak aktif dalam bisnes.. Duduk kat meja makan (sambil makan, sambil buat bisnes), guna komputer dan sistem vemmabuilder yang canggih, dah boleh jana duit. Tak ada traffic jam, tak buang masa, tak habis minyak dan yang penting tak stress. Mudah-mudahan panjang umur dan PENUH SAKU.

Nak tahu lebih lagi, layari web Hamba http://www.worldbizmoney.com dan layari
http://www.vemmanggis.com dan http://www.manggis.biz.

Saturday, June 20, 2009

Gagasan Melayu Perak

Hamba baru balik dari Ipoh, Perak petang tadi selepas menghadiri Upacara Perasmian Gagasan Melayu Perak (GMP) oleh Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, dan Mesyuarat Agung GMP yang Pertama, yang diadakan di Hotel Heritage. Sesuai betul upacara ini diadakan di hotel ini kerana 'Heritage' bermaksud 'Warisan'. Tapi ingat Yeob/ Yong, jangan Melayu hanya tinggal sebagai lambang warisan saja, atau tinggal dalam warisan yang ditulis saja. Kena pastikan , bak kata Hang Tuah, 'Takkan Melayu hilang di dunia'! Bukan saja Melayu tak pupus di Dunia, malahan di Tanah airnya - Tanah Melayu/ Malaysia, malahan di keseluruhan Kepulauan Melayu dan juga Nusantara.

Ucaptama oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir membawa ingatan hamba kembali kepada dokumen-dokumen yang tersimpan di Arkib Negara. Rentetan sejarah mengenai orang Melayu dan Negara kita disampaikan oleh Y.A.Bhg Tun dengan begitu tertib dan tersusun, dicelah dengan pandangan kritis, berani dan sinis. Hamba kagum dengan kedalaman ilmu beliau, ketelitian dan ketajaman pemikiran beliau dan sikap berpandangan jauh beliau. Masih terbayang rekod-rekod dan dokumen-dokumen di Arkib Negara yang membuktikan fakta yang disampaikan oleh Tun. Tapi berapa ramaikah yang sedar dan betul-betul faham dan menghayati sejarah dan peristiwa-peristiwa dalam dokumen-dokumen ini? Berapa ramai yang peka, sedar dan insaf? Tepok dada tanya selera.

Hamba ucapkan tahniah kepada Y Bhg Dato' Seri (Dr) Hj Mohd Hilmi bin Hj Ismail yang telah dilantik menjadi Presiden GMP yang Pertama. Dato' Seri dan Ahli Jawatankuasa Penajanya telah bekerja keras untuk mempastikan GMP dilancarkan hari ini. Sekalong penghargaan.

Tujuan GMP memang murni, iaitu hendak menyatupadukan orang Melayu, khususnya Melayu Perak. Mudah-mudahan tercapai tujuannya. Tapi, tadi hamba rasa terasing, bukan kerana apa, tetapi kerana ramai yang hadir hamba tak kenal. Mungkin salah hamba, jarang balik ke Perak. Maklumlah, dah lebih 40 tahun hamba merantau! Yang hamba kenal semasa kecil dulupun dah tiada. Tapi, hamba tidak pernah lupa jasa negeri Perak kepada Hamba. Dari darjah Special Malay Class (SMC) hingga ke Tingkatan Lima hamba mendapat biasiswa diatas sokongan Kerajaan Perak kerana hamba dari keluarga miskin. Hamba dipilih sebagai pelajar khas Anak-anak Perak (miskin) untuk Tingkatan Enam di Sekolah Anderson. Dan yang paling hamba tak lupa, telah diberi biasiswa Kerajaan Perak semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Semuanya ini jasa Kerajaan Perak kepada hamba. Hamba tak lupa! Yang hamba terkilan, hamba tidak dapat menabur bakti di Perak, kerana pada masa itu tiada kekosongan jawatan dan hamba dilepaskan untuk bertugas dengan Kerajaan Persekutuan.

Tapi, hamba tak lupa dengan Perak. Pada tahun 2003, melalui Arkib Negara hamba telah menerbitkan Buku Tokoh-Tokoh Batu Gajah yang telah dilancarkan oleh DYYM Paduka Seri Sultan Perak. Sekurang-kurangnya hamba kenal orang Batu Gajah! Jadi hamba syorkan disini, GMP kenalilah orang Melayu Perak, terutama mereka yang telah berbakti kepada negeri Perak. Terbitkanlah Buku Tokoh-Tokoh Melayu Perak yang lengkap, supaya orang Perak, khususnya orang Melayu, tahu menghargai jasa-jasa orang yang telah berbakti kepada negeri Perak, tahu akan sejarah negeri dan tanah airnya sendiri, dan mengujudkan jatidiri yang kukuh dalam diri masing-masing !

Thursday, June 18, 2009

Harijadi Hamba

Hari ini 18 Jun, dan tak berapa jam lagi masuk 19 Jun, hari jadi hamba. Dah lebih setengah abad hamba ujud didunia. Syukur, Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, hamba sihat walfiat, masih waras pemikiran dan kuat anggota badan. Berkat doa Mak dan Abah, Suami, dan anak-anak serta keluarga, hamba berjaya bekerja sehingga berpencen dan tamat kontrak. Apa yang hamba masih tercari-cari dan masih mengisi adalah pesanan Mak dan Abah supaya senantiasa 'Penuh Saku'. Terlalu dalam maksud mereka, amat susah hendak hamba capai. Walaupun lebih setengah abad umur hamba,masih tercicir yang ada dalam 'saku', masih 'tidak penuh' dan tidak mungkin 'penuh' isi dalam 'saku' hamba. Dunia terlalu besar nak diterokai, lautan telalu luas nak direnangi, ilmu terlalu dalam nak diselami. Tidak tahu bila hamba akan berjaya mengecapinya... yang hamba tahu, hamba akan terus berusaha, dan terus berkongsi bersama anak-cucu serta manusia yang mahu mengetahuinya sebelum 'isi' dalam 'saku' hamba akan terus tercicir dan hilang selama-lamanya.

Saturday, February 7, 2009

Selamat Datang Ke Penuh Saku

Dari kecil lagi mak selalu cakap, simpan duit baik-baik, simpan dalam saku -- eh..ehh. poket. Bukan senang nak dapat duit; duit bukan datang melayang-layang ( tapi hamba dengar banyak orang kata duit ada terbang -- entahlah, cerita karut kut!). Mak kata kalau dah penuh saku, boleh beli pensil. Boleh tulis, boleh jadi pandai.
Mak lupa baju sekolah hamba dah 2 tahun tak berganti baru. Kalau tengok macam lukisan 'patch and guess'- unik, tapi keras berkanji. Saku pun dah berlubang, mak lupa nak jahit.
Bila nak penuh saku! kalau masuk 5 sen hilang terus. Nak lekat pun 20 sen, itu pun jarang-jarang sekali dapat. Selalunya 10 sen ... tapi, kalau ingat masuk saku baju. Kalau lupa masuk saku skirt... terus ditelan , hilang!
Mak ajar supaya hamba pandai simpan duit. Tapi, mana nak simpan duit kalau dah tak ada duit. Memang setiap hari penuh saku pergi sekolah. Penuh diisi dengan cekodok pisang, atau lempeng kelapa, atau goreng keledek. Semua hasil tanaman di keliling rumah. Pasal apa dalam saku, sebab budak-budak suka curi dan ramai kaki buli. Hamba selalu terfikir bila lah saku ini akan penuh.