Friday, August 31, 2012

RAMADHAN, AIDILFITRI DAN MERDEKA - DENGAR GURUH DILANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN




Malaysia Negaraku ... Tanah tumpahnya darahku. Berbilang bangsa ... Melayu, Cina, India, dan pelbagai ethnik pribumi Malaysia. Kita bangga, megah menjadi anak bangsanya. Negara yang berdaulat ini, dengan kepimpinan dan pemerintahan yang berwibawa, undang-undang yang kukuh dan telus, bumi yang kaya dengan hasilnya,  rakyatnya  hidup makmur, aman dan bahagia.

Dibumi bertuah ini, alangkah bangganya kerana agama rasminya agama Islam, dengan agama-agama lain bebas dilaksanakan. Azan yang berkemundang bila sampai waktu solat, menyeru umat Islam untuk melakukan solat ... enak dan sayu bila didengar. Alangkah ruginya bagi umat Islam di negara-negara yang tidak membenarkan azan dilaungkan!!! Kita beruntung lahir di bumi ini!!!.. Jangan biarkan hak dan kebebasan yang telah ada ditarik balik... jangan ulangi sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis... Orang Melayu/Islam sanggup mengkhianati agama dan bangsanya dengan mengkhianati sesama sendiri. Adakah ini akan berulang lagi?????...

Saya masih ingat dalam rekod Portugis yang telah diterjemahkan oleh Father Pintado kedalam Bahasa Inggeris, (sila rujuk dalam koleksi Arkib Negara Malaysia), orang Portugis melaporkan bahawa susah untuk menewaskan orang Melayu kerana mereka 'amat setia kepada Rajanya dan akan berkorban kerana negara dan rajanya'.... Secara tradisi orang Melayu setia kepada Raja, bangsa, agama dan tanah air. Janganlah kita pula menjual maruah kita; menjatuhkan sesama bangsa dan agama, menkhianati Raja dan Negara. Kita akan mengundang malang.....Malang yang tidak akan dapat kita perbaiki lagi.

Sebulan telah kita lalui dalam bulan Ramadhan, berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjauhi diri dari perbuatan yang dilarang dalam agama serta memperbanyakkan amalan. Kini setelah berjaya melalui Ramadhan, kita merayakan kemenangan kita dengan meyambut Shawal dan Aidilfitri. Kemenangan bagi umat Islam.....

Amat membanggakan juga, pada hari ini (31 Ogos), rakyat Malaysia pula merayakan Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita yang ke 55..... satu lagi kejayaan dan kemenangan untuk kita. Sanggupkah kita mengadaikan Negara kita kerana kepentingan diri sendiri??? Bukan senang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan untuk Negara ini??? 55 tahun telah kita kecapi  hasilnya.... ini tidak boleh kita nafikan. Kita tidak 'duduk' ditempat kita sekarang kalau tidak kerana hasil kemerdekaan yang kita kecapi. Fikir-fikirkanlah.. sanggupkah kita gadaikan apa yang kita ada???? Janganlah 'dengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan'.

 

Saturday, May 12, 2012

MEMPERINGATI IBUKU





Ibu ..engkaulah permata hatiku ... rimbunan tempatku berteduh. Engkau tidak pernah penat, letih, dan jemu melayan kerenah kami ... yang kadang kala menyusah dan memeningkan kepalamu. Siapalah kami tanpamu.... kerana syurga dibawah tapak kakimu. Pengorbananmu tak dapat digilis ganti ....hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Tidak cukup terima kasih yang dapat dilafazkan. Ampunkanlah dosa kami....Doa kami semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh....amin

Friday, May 11, 2012

66 TAHUN UMNO





Hari ini, adalah hari bersejarah bagi negara kita kerana UMNO yang merupakan parti utama dalam Barisan Nasional - terdahulu dari ini Perikatan - merayakan ulangtahun yang ke 66 tahun penubuhannya pada tahun 1946. UMNO bersama dengan MCA dan MIC telah berkerjasama membawa kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya menubuhkan negara Malaysia pada tahun 1963.

Siapa yang tak ingat Dato Onn Jaafar, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn,Tun Ghafar Baba dan ramai lagi yang lain....? Kalau tak tahu, ... bermakna kita tak tahu sejarah negara kita sendiri ..... tak tahu menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka.... tak tahu akar umbi negara kita. Tanpa perjuangan mereka mustahil kita akan dapat hidup seperti kini, bebas dan boleh mentadbir negara sendiri. Janganlah kita jadi 'kacang lupakan kulit'.....

Tokoh-tokoh UMNO  seterusnya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato Seri Najib Abdul Razak, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan ramai lagi telah dan akan meneruskan perjuangan mereka yang lepas, walaupun bukan untuk menuntut kemerdekaan, tetapi tugas yang lebih mencabar iaitu megisi dan mengekalkan kemerdekaan. Semoga UMNO akan terus kekal, relevan dan berkesan... Hidup UMNO!!!!!

Monday, April 30, 2012

Runtuhnya Nilai, Akhlak dan Adab ...

Sedih...sedih..sedih...

Tanggal 28 April 2012 ... menampakkan keruntuhan nilai, adab serta akhlak segelintir masyarakat Malaysia yang tamakkan keduniaan, bertakhtakan dihati, bermaharajakan kepada emosi, dan paling teruk taksub kepada manusia bukannya kepada Illahi... subhanallah...

Undang-undang dan peraturan yang ada diperlekehkan dan dipersendakan. Bertindak ikut hati dan perasaan. Bukannya tak pandai, tak sekolah....  ramai yang belajar sampai universiti, ada yang dalam negeri, ada yang luar negeri, ada yang dapat biasiswa kerajaan, ada yang berpangkat tinggi.... tapi, tak faham undang-undang, buat ikut sesuka hati ..sedih... sedih.

Dimana maruah dirimu kini? Sekolah mengajar kita beradab; agama juga menitikberatkan nilai dan akhlak, emak dan bapa kita mengasuh kita menjadi manusia yang waras, beretika, mempunyai nilai murni dan hormat menghormati di antara manusia. Kini apa dah jadi?.... Undang-undang tidak dihormati!!!! Bertindak ikut sesuka hati...

Sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya sesebuah tamaddun didunia adalah kerana manusianya yang telah runtuh akhlak, nilai dan adab.... Kalau beginilah sikap orang Melayu seperti yang terjadi pada 28 April yang lalu, akan 'lenyaplah/hilanglah Melayu didunia'...

NB- Artikel ini telah diterbitkan dalam ruangan 'Forum' ms. 12 Utusan Malaysia 3.5.2012.