Friday, August 31, 2012

RAMADHAN, AIDILFITRI DAN MERDEKA - DENGAR GURUH DILANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN




Malaysia Negaraku ... Tanah tumpahnya darahku. Berbilang bangsa ... Melayu, Cina, India, dan pelbagai ethnik pribumi Malaysia. Kita bangga, megah menjadi anak bangsanya. Negara yang berdaulat ini, dengan kepimpinan dan pemerintahan yang berwibawa, undang-undang yang kukuh dan telus, bumi yang kaya dengan hasilnya,  rakyatnya  hidup makmur, aman dan bahagia.

Dibumi bertuah ini, alangkah bangganya kerana agama rasminya agama Islam, dengan agama-agama lain bebas dilaksanakan. Azan yang berkemundang bila sampai waktu solat, menyeru umat Islam untuk melakukan solat ... enak dan sayu bila didengar. Alangkah ruginya bagi umat Islam di negara-negara yang tidak membenarkan azan dilaungkan!!! Kita beruntung lahir di bumi ini!!!.. Jangan biarkan hak dan kebebasan yang telah ada ditarik balik... jangan ulangi sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis... Orang Melayu/Islam sanggup mengkhianati agama dan bangsanya dengan mengkhianati sesama sendiri. Adakah ini akan berulang lagi?????...

Saya masih ingat dalam rekod Portugis yang telah diterjemahkan oleh Father Pintado kedalam Bahasa Inggeris, (sila rujuk dalam koleksi Arkib Negara Malaysia), orang Portugis melaporkan bahawa susah untuk menewaskan orang Melayu kerana mereka 'amat setia kepada Rajanya dan akan berkorban kerana negara dan rajanya'.... Secara tradisi orang Melayu setia kepada Raja, bangsa, agama dan tanah air. Janganlah kita pula menjual maruah kita; menjatuhkan sesama bangsa dan agama, menkhianati Raja dan Negara. Kita akan mengundang malang.....Malang yang tidak akan dapat kita perbaiki lagi.

Sebulan telah kita lalui dalam bulan Ramadhan, berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjauhi diri dari perbuatan yang dilarang dalam agama serta memperbanyakkan amalan. Kini setelah berjaya melalui Ramadhan, kita merayakan kemenangan kita dengan meyambut Shawal dan Aidilfitri. Kemenangan bagi umat Islam.....

Amat membanggakan juga, pada hari ini (31 Ogos), rakyat Malaysia pula merayakan Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita yang ke 55..... satu lagi kejayaan dan kemenangan untuk kita. Sanggupkah kita mengadaikan Negara kita kerana kepentingan diri sendiri??? Bukan senang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan untuk Negara ini??? 55 tahun telah kita kecapi  hasilnya.... ini tidak boleh kita nafikan. Kita tidak 'duduk' ditempat kita sekarang kalau tidak kerana hasil kemerdekaan yang kita kecapi. Fikir-fikirkanlah.. sanggupkah kita gadaikan apa yang kita ada???? Janganlah 'dengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan'.

 

No comments:

Post a Comment