Saturday, November 6, 2010

INTEGRITI

Hamba teringat kepada satu peristiwa pada tahun 1953, semasa bapa Hamba, Hj Zon Abdul Shukur, bertugas sebagai Sarjan Mejor dan Ketua Balai Polis Pekan Baru ( New Town) Ipoh, Perak. Ketika itu Hamba baru darjah satu, berumur 6 tahun.

Pada minggu tersebut, Polis di Ipoh mengadakan Operasi menangkap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa permit. Penjaja sayur, buah-buahan, 'ice cream' dan macam-macam lagi telah ditahan dan barang-barang jualan serta alat-alat jualan telah dirampas. Wah.. bising di setiap Balai Polis di Ipoh kerana penuh dengan barang-barang yang dirampas, termasuklah Balai Polis Pekan baru Ipoh.

Barrack kediaman keluarga Polis terletak berdekatan dengan Balai Polis. Ramailah, anak-anak Polis, serta keluarga mereka datang melihat dan mengambil barang-barang yang dirampas. Hamba turut serta mendekati Balai tersebut, tetapi belum sempat sampai telah dimarahi oleh bapa Hamba. Beliau tidak membenarkan Hamba mengambil apa-apa pun. Meleleh air liur Hamba melihat anak-anak Polis lain makan aiskrim. Katanya, Hamba tidak berhak untuk mengambil apa-apa pun, kerana barang-barang itu adalah hak milik Kerajaan. Padanya, biar aiskrim tersebut menjadi cair, dari diberi kepada anaknya... kerana itu bukan haknya...

Hamba 'tabik' kepada Arwah Bapa Hamba kerana begitu amanah, jujur dan lkhlas menjalankan tugas. Terjawablah mengapa beliau telah dianugerahkan beberapa medal dari King George dan Queen Elizabeth, termasuklah kerana bersikap 'Examplelary'.

Masih ramaikah lagi manusia yang telah diberi kuasa seperti Bapa Hamba mempunyai integriti?????