Friday, September 17, 2010

SYAWAL DAN MERDEKA MALAYSIA




Tahun ini Hamba bangga kerana Hamba berjaya sekali lagi menjalani Ibadat puasa sebulan dalam bulan Ramadhan. 1 Syawal membawa erti kemenangan dan kejayaan pada diri Hamba berpuasa sebulan. Syukur Alhamdulillah!!!

Bulan Syawal ini juga memberi erti yang manis sekali lagi kepada Negara kita Malaysia. 16 September tarikh penubuhan Malaysia, buat pertama kalinya diiktiraf sebagai cuti umum seluruh negara dan dirayakan dengan besar-besaran. Sekali lagi Syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan Negara Malaysia akan terus maju dan aman untuk selama-lamanya., InsyaAllah.

Thursday, September 2, 2010

INDAHNYA BULAN RAMADHAN

Hamba teringat semasa bertugas di Arkib Negara, Hamba banyak diberi peluang untuk menghadiri mesyuarat dan persidangan di luar negara. Hamba berasa bertuah kerana mendapat seorang Ketua Pengarah yang berpandangan jauh yang inginkan kemajuan anak buahnya.

Berpuasa diluar negara memang satu dugaan. Kalau musim sejuk, pendeklah waktu siangnya. Tetapi kalau musim panas, panjanglah waktu siangnya. Hamba teringat semasa bertugas di New Zealand di musim panas tahun 1979, terik panas rasanya disiang hari. Nak berbuka di restoran Pakistan berdekatan tak mampu..... maklumlah masa tu gaji pun 'cukup makan' saja. Bersama seorang Pegawai arkib dari Fiji yang beragama Islam, kami berbuka diatas tangga sebuah bangunan yang berdekatan dengan tempat mesyuarat. Berbekalkan roti , serunding daging, buah korma, susu dan mineral water kami berbuka puasa dengan penuh keinsafan.... tidak ada makanan yang lazat, atau banyak untuk dijamu selera. Syukur Alhamdulillah, kami telah dapat laksanakan ibadah puasa walaupun diperantauan.

Pada tahun 2002 semasa Hamba (ketika itu sebagai Ketua Pengarah) menghadiri Persidangan Meja Bulat Arkib di Marsellies, Perancis, cuaca terlalu sejuk. Perut pun sering terasa lapar, serta badan sering menggigil kesejukan. Fikiran melayang memikirkan dimana hendak berbuka, kerana mesyuarat masih berjalan. Paling senang mungkin meneguk air sahaja. Tetapi, yang menariknya pihak Urusetia Persidangan peka dengan kehadiran5 orang perwakilan dari negara Islam. Mereka menyediakan meja khas untuk kami berbuka puasa kerana jam 4.10 petang waktu berbuka. Mineral Water, jus, buah korma, biskut serta buah-buahan disediakan. Malahan tempat solat juga disediakan. Syukur, walaupun makanannya tidak bermacam-macam, tetapi keperhatinan pihak Urusetia perlu diberi pujian... Di Persidangan Meja Bulat Arkib inilah, persetujuan diterima keatas cadangan Arkib Negara Malaysia untuk menjadi Tuan Rumah Kongress Arkib Dunia pada tahun 2008.... Syukur.. Alhamdulillah.....