Monday, August 31, 2009

'IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT, DALAM KUALI TENTU MUAFAKAT'



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA
!



Tahniah Negaraku Malaysia kerana merayakan Hari Kemerdekaannya yang ke 52 pada hari ini - 31 Ogos, 2009. Lebih setengah abad umurMu, seperti juga diri Hamba yang kini melebihi usia Dirimu! Kalau Manusia sudah cukup asam garamnya, tetapi untuk sesebuah Negara, dalam umur sebegini ia masih mencari 'kecukupan asam garamnya'.... samada asam keping yang hendak ditambah, atau asam jawa yang lebih baik, atau pun nak digantikan terus dengan asam limau!!!!!!!!!!!!!!!! Atau nak dibuang terus garamnya.

Apapun, wahai rakyat di Negaraku, belajarlah dari Sejarah. Dari mana asal usulnya asam dan garam? Adakah asam dari pokok asam jawa?? atau dari pokok asam gelugor??? atau dari pokok limau nipis, limau purut, limau kasturi???? Dari mana datangnya garam?? Adakah dari laut????? Kewujudannya takkan berubah. Asalnya sama sahaja. Yang berubah kalau untuk asam mungkin pokoknya telah direndangkan!!!

Hamba kagum dengan Tema Hari Kemerdekaan Negara kita pada tahun ini -- 'SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' yang amat bersesuaian dengan masa dan keadaan Negara kita pada masa ini. Tema ini telah diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita. Logonya 1MALAYSIA melambangkan visi negara untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Sama-samalah kita berdoa agar harapan Perdana Menteri kita serta Rakyat di Negara ini, supaya masyarakat di Negara ini akan terus bersatu padu dan cintakan negara, akan tercapai sepenuhnya. Seperti dalam sebuah lagu Melayu lama, ' ikan di laut, asam di darat, dalam kuali tentu muafakat'. Asam berasal dari daratan mana? Ikan di laut, lautan mana? Tetapi bila dicampurkan, pasti menjadi makanan yang cukup enak rasanya! Walaubagaimanapun, asam tetap asam, ikan tetap ikan dan garam tetap garam. Asalnya tetap dari tempatnya!! Yang menyatukannya HANYA kuali tempat ia dimasak.

Wahai Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, sebagai Warganegara di Negara ini, ibaratkan diri seperti lagu diatas .. ujudkan perpaduan, permuafakatan, berkerjasama.... Tetapi.....kenyataanya Kaum tetap Kaum! yang secara rela dan hakikinya harus terpelihara. Seperti asam tetap asam!!!! Ia merupakan sejarah dan sejarah adalah peristiwa yang benar berlaku. Tidak boleh diputuskan tali sejarah - akan tempanglah ia! Ura-ura untuk menyingkirkan perkataan kaum dan agama dalam dokumen/maklumat penting rasmi mengenai diri di Negara ini, pastinya tentu tidak wajar!!!!!! Kaum Melayu, tetap Melayu, Kaum Cina tetap Cina, Kaum India tetap India. Kita tahu kalau asam tentulah di darat dan ikan pula dari laut atau air ..... takkan kita nak lupakan asal usul, keturunan dan kaum kita!!! Adakah kita sengaja nak lupakan Sejarah?

Hamba Bangga sebagai Kaum MELAYU, Keturunan MELAYU (Mandailing), RAKYAT MALAYSIA !!!!!!!!!!!!

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 52!!!!!!!! MERDEKA !

( Nota: Artikel ini telah keluar dalam Utusan Malaysia, 3 Sept,2009, Ruangan FORUM m.s.12)

No comments:

Post a Comment