Tuesday, June 1, 2010

VEMMA WORLD CONVENTION 2010 DI LAS VEGAS


Sejak tahun 2002, Hamba dah lama tak menjejak kaki di bumi Amerika Syarikat. Tup..tup.. Vemma ada Conventionnya di Las Vegas pada akhir Januari, 2010. Hati ini terlalu teringin nak turut hadir, nak tenguk bagaimana gahnya Convention Vemma tahun ini.

Keluarga tak menghalang, tapi mereka risau takut sakit pinggang kerana Hamba memang ada prolapsed disc di lumber 3 dan 4. Maklumlah dulu terbang duduk Kelas Pertama atau pun Business Class sebab memang kelayakan Hamba. Jadi bolehle baring.. tak le sakit pinggang. Kali ini Hamba naik Kelas Ekonomi... bergayut kaki hampir 22 jam perjalanan. Dalam flight itu Hamba pergi bersama 3 orang lagi kawan-kawan Hamba...semua otai-otai. Kawan-kawan lain, 9 orang yang lain, menaiki kapal terbang yang lebih awal.

Hamba sampai Los Angeles dan menaiki kapal terbang yang lain ke Las Vegas. Waktu sampai hari dah malam. Ajaib... pinggang Hamba tak sakit. Agaknya Hamba minum jus Vemma setiap hari sejak bulan Jun 2009. Tak rasa pun lenguh, sakit atau kebas!!!! Syukur ..Alhamdulillah.

'Sin City' memang bergemerlapan malam itu... cantik dan bercahaya. Kami tinggal di Hotel MGM Grand, salah sebuah hotel yang terbesar disana. Casino yang besar, restaurant yang banyak, shopping dan zoo dlm Hotel tersebut!!!!! Wow.. tergangga Hamba. Biliknya pun best, cantik dan bersih.. dihiasi dgn gambar-gambar bintang filem Hollywood.

Esoknya Convention bermula.. pendaftaran dan malamnya acara pembukaan. Hari berikutnya ramai yang hadir di Dewan yang disediakan, lebih kurang 4000 orang. Kebanyakan dari USA dan Eropah, dan Malaysia merupakan negara di Asia yang paling ramai menghantar wakil di Covention - 13 orang. Buat pertama kali Malaysia diberi penghormatan untuk berucap dan Presidential Salehin telah mengunggulinya. Syabas Salehin .. orang pertama di Malaysia dan Asia yang mencapai Presidential.

Selama 4 malam di Las Vegas menghadiri Convention Vemma begitu menarik bagi Hamba. Bakal-bakal jutawan Vemma, beribu-ribu orang... berkumpul dibawah satu bumbung, masing-masing dengan aspirasi, harapan dan kecekalan hati yang begitu kuat. Harapan akan menjadi kenyataan sekiranya kita betul-betul telah mem'bulatkan' niat, usaha, azam, kegigihan, kesepakatan dan senantiasa mengingatiNya.

No comments:

Post a Comment