Saturday, June 19, 2010

19 JUN -BERMULANYA SEJARAH HAMBA

Syukur Alhamdulillah, 19hb Jun merupakan Hari Jadi Hamba. Kalau mengikut Zodiac, Hamba berbintang Gemini... Bertambah setahun lagi umur Hamba. Semoga Allah swt akan terus memberkati diri Hamba... dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

Kalau nak diletakkan lilin diatas kek Hari Jadi, dah tak muat... 63 batang lilin. Tetapi 63 batang lilin inilah melambangkan kehidupan yang telah dilalui..diharungi..pahit, manis, sedih dan gembira... Dari Zaman sebelum Kemerdekaan Negara -darurat, daif, miskin, tertindas - sehinggalah kini- Negara yang maju, aman dan merdeka!!!!!! Alangkah bertuahnya Hamba dapat melihat perjuangan untuk mencapai Kemerdekaan Negara...perjuangan dan penglibatan Raja-Raja Melayu.... pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu seperti Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail dll.. yang sanggup bergadai- golok demi untuk memperjuangkan kemerdekaan Negara... dan pengorbanan pihak tentera dan polis kita!!!!

Hamba dapat bezakan hidup sebelum Kemerdekaan dengan selepas Kemerdekaan. Perbezaan inilah yang dapat membuatkan Hamba insaf dan sedar betapa pentingnya kita perlu mempertahankan Kemerdekaan Negara, mengekalkan dan mempertahankan institusi Raja-Raja, dan mengekalkan serta mengukuhkan keamanan dan keharmonian Negara. Jangan ujud lagi Peristiwa 13 Mei 1969... pelajarilah dari kesilapan yang telah berlaku. Janganlah kita jadi 'Kacang Lupakan Kulit'...'Kaduk Naik Junjung'.

Hamba bersyukur kepada Allah swt., kerana dapat merasai kenikmatan hidup di negara ini.. Mudah-mudahan Hamba akan terus dapat menikmati kesejahteraan Negara ini bertahun-tahun lagi.
Doa Hamba dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan keberkatan serta dimurahkan rezeki. Amin....

No comments:

Post a Comment