Friday, January 15, 2010

TAHUN BARU AZAM BARU

Tahun 2010 dah berlalu lebih 2 minggu. Pusing kanan, pusing kiri nampak sama saja macam tahun lepas. Pokok pisang dengan pokok betik dibelakang rumah Hamba masih berbuah macam biasa. Matahari masih terbit dari belakang rumah Hamba, dan terbenam dari depan rumah Hamba. Tidak ada bezanya.

Yang ketara umur Hamba semakin bertambah, -- tahun lepas boleh berlari laju, kini boleh berlari- lari anak saja!! Tapi Hamba bersyukur!!! -- Syukur Alhamdulillah, Hamba masih boleh bergerak bebas. Dua (2) 'prolapsed discs' di 'Lumber' 3 dan 4 tulang belakang Hamba, yang telah Hamba alami sejak berumur 8 tahun ( jatuh basikal), masih mengganggu pergerakan Hamba. Tapi Hamba bersyukur sejak minum jus manggis VeMMa bulan Mac tahun 2009, Hamba tidak lagi perlu pergi fisioterafi. Pinggang Hamba banyak kurang sakitnya, kaki Hamba tidak lagi cepat lemah apabila berjalan. Hamba boleh melaksanakan tugas harian seperti biasa, kecuali mengangkat barang berat dan membongkok. Biasalah tu memang kita tidak digalakkan melaksanakan aktiviti tersebut.

Syukur Alhamdulillah, kerana jus manggis VeMMa Hamba bertambah sihat. Dan kerana jus manggis Vemma juga telah merubah hidup Hamba menjadikan Hamba seorang 'businesswoman' dalam VeMMa. Pada 27 Januari ini Hamba akan ke Las Vegas menghadiri 'VeMMa Annual Convention 2010'. Itulah azam Hamba untuk tahun ini ... untuk terus sihat dan berjaya dalam VeMMa!!!!! InsyaAllah.
http://www.worldbizmoney.com

No comments:

Post a Comment