Sunday, February 8, 2015

LAMBAIAN KAABAH

Syukur Alhamdulillah, saya dan suami dijemput sekali lagi menjadi tetamu Allah swt. untuk mengerjakan umrah dalam bulan Februari 2013. Perasaan gembira, sedih, sayu, bersyukur dan insaf  menyelubungi diri ...

Rakan-rakanku semasa sama-sama bertugas sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dahulu, Siti Zaharah dan Dato Dr Wan Chik, turut menyertai rombongan. Ramai juga kami yang mengikuti rombongan Syarikat De Mawardah. Siti membawa bersama anak, menantu dan besannya.


Syukur alhamdulillah, kami dapat mengerjakan umrah tanpa menghadapi masalah besar. Mudah-mudahan, insha allah, kami akan dijemput lagi untuk mengerjakan umrah . Kali ini saya berharap anak-anak dan cucu akan turut bersama, insha allah. Aminn..

No comments:

Post a Comment