Tuesday, October 11, 2011

COMEL, COMEL, COMEL.....

Entah mengapa sejak Isnin minggu lepas Hamba rasa tak sihat badan ...demam, flu dan batuk-batuk. Makan pun tak larat!!! Dah 3 kali pergi klinik, 2 kali ke hospital -HKL dan IJN, masih batuk-batuk lagi... Risau juga ni.

Sedang keadaan Hamba seperti diatas, si Comel pun dah lebih 1 bulan tak sihat. Seminggu di Hospital kerana merawat kakinya yang luka berdarah. Menangis setiap hari nak balik rumah!!!! Rindu akan rumah agaknya. Balik kerumah Comel masih tak sihat, tak mahu makan, tak mahu minum, hinggakan terpaksa dipaksa untuk makan. Suaranya pun bertambah lemah, matanya jernih melihat sekeliling. Mukanya tetap Comel.

Hamba terpaksa ke IJN tengahari semalam kerana sesak nafas- terlalu banyak kahak di dada...bersama suami dan Hafiz (anak Hamba). Comel tinggal dirumah, matanya jernih, tetapi cengkung. Comel baring, tapi tak tidur. Petangnya kami balik ke rumah, Comel sudah tiada!!! Comel telah bujur kaku ditempat tidurnya.

Comel memang comel. Mukanya kecil, tapi comel sekali... Comel juga berani. Semasa kucingku si Bear digigit anjing sebelah rumah, dialah yang datang menyerang anjing tersebut tanpa takut sehingga anjing pun panik. Sayangnya, dia tiada anak ...tidak ada baka untuk mewarisi keberanian dan comelnya. COMEL kucing kesayanganku!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment