Syukur Alhamdulillah, saya dan suami dijemput sekali lagi menjadi tetamu Allah swt. untuk mengerjakan umrah dalam bulan Februari 2013. Perasaan gembira, sedih, sayu, bersyukur dan insaf menyelubungi diri ...
Rakan-rakanku semasa sama-sama bertugas sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dahulu, Siti Zaharah dan Dato Dr Wan Chik, turut menyertai rombongan. Ramai juga kami yang mengikuti rombongan Syarikat De Mawardah. Siti membawa bersama anak, menantu dan besannya.
Syukur alhamdulillah, kami dapat mengerjakan umrah tanpa menghadapi masalah besar. Mudah-mudahan, insha allah, kami akan dijemput lagi untuk mengerjakan umrah . Kali ini saya berharap anak-anak dan cucu akan turut bersama, insha allah. Aminn..
Sunday, February 8, 2015
OOPS ... DAH LAMA KITA TAK JUMPA
Sejak bulan Jun 2013, hamba tertangguh (terlupa?...) untuk update blog ini. Maaf kepada semua. Amboi banyaknya telah berlaku dalam masa tersebut .. suka dan duka. Ada yang masih jelas dalam ingatan, dan ada yang mula kabur dalam pandangan. Risau memikirkannya.
Hamba kehilangan seorang kawan yang begitu rapat dalam bulan Syawal tahun 2013. Dato' Dr Wan Chik Rahmah kembali kerahmatullah selepas hampir sebulan di masukkan di Hospital Damansara. Pada awal tahun 2013 kami telah sama-sama pergi mengerjakan umrah. Alfatihah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Aminn....
Pada akhir tahun 2013, hamba bersama suami, anak-anak bujang kami, Hafiz dan Hazlan telah melancong ke Padang dan Bukittinggi, Sumatera. Seronok juga kami melancong empat beranak, terutama sekali suami memang gemar makan nasi padang. Cuaca yang sejuk di Bukittinggi sungguh menyenangkan. Mudah-mudahan lain kali dapat hamba membawa anak-anak perempuan, menantu-menantu dan cucu hamba ke Bukittinggi. Insha allah....
Buat masa ini, setakat ini sahaja yang hamba catatkan.
Wednesday, June 19, 2013
HARI LAHIRKU
Hari ini hari lahirku.
Ya Allah ya Tuhanku,
Syukur alhamdulillah diatas segala nikmat dan dugaanMu sehingga kini.
HambaMu memohon daripadaMu ampunkanlah dosaku, berilah bimbingan,
perlindungan dan buatkanlah hambaMu senantiasa patuh dalam segala
ajaranMu. Amiin..
Friday, August 31, 2012
RAMADHAN, AIDILFITRI DAN MERDEKA - DENGAR GURUH DILANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN
Malaysia Negaraku ... Tanah tumpahnya darahku. Berbilang bangsa ... Melayu, Cina, India, dan pelbagai ethnik pribumi Malaysia. Kita bangga, megah menjadi anak bangsanya. Negara yang berdaulat ini, dengan kepimpinan dan pemerintahan yang berwibawa, undang-undang yang kukuh dan telus, bumi yang kaya dengan hasilnya, rakyatnya hidup makmur, aman dan bahagia.
Dibumi bertuah ini, alangkah bangganya kerana agama rasminya agama Islam, dengan agama-agama lain bebas dilaksanakan. Azan yang berkemundang bila sampai waktu solat, menyeru umat Islam untuk melakukan solat ... enak dan sayu bila didengar. Alangkah ruginya bagi umat Islam di negara-negara yang tidak membenarkan azan dilaungkan!!! Kita beruntung lahir di bumi ini!!!.. Jangan biarkan hak dan kebebasan yang telah ada ditarik balik... jangan ulangi sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis... Orang Melayu/Islam sanggup mengkhianati agama dan bangsanya dengan mengkhianati sesama sendiri. Adakah ini akan berulang lagi?????...
Saya masih ingat dalam rekod Portugis yang telah diterjemahkan oleh Father Pintado kedalam Bahasa Inggeris, (sila rujuk dalam koleksi Arkib Negara Malaysia), orang Portugis melaporkan bahawa susah untuk menewaskan orang Melayu kerana mereka 'amat setia kepada Rajanya dan akan berkorban kerana negara dan rajanya'.... Secara tradisi orang Melayu setia kepada Raja, bangsa, agama dan tanah air. Janganlah kita pula menjual maruah kita; menjatuhkan sesama bangsa dan agama, menkhianati Raja dan Negara. Kita akan mengundang malang.....Malang yang tidak akan dapat kita perbaiki lagi.
Sebulan telah kita lalui dalam bulan Ramadhan, berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjauhi diri dari perbuatan yang dilarang dalam agama serta memperbanyakkan amalan. Kini setelah berjaya melalui Ramadhan, kita merayakan kemenangan kita dengan meyambut Shawal dan Aidilfitri. Kemenangan bagi umat Islam.....
Amat membanggakan juga, pada hari ini (31 Ogos), rakyat Malaysia pula merayakan Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita yang ke 55..... satu lagi kejayaan dan kemenangan untuk kita. Sanggupkah kita mengadaikan Negara kita kerana kepentingan diri sendiri??? Bukan senang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan untuk Negara ini??? 55 tahun telah kita kecapi hasilnya.... ini tidak boleh kita nafikan. Kita tidak 'duduk' ditempat kita sekarang kalau tidak kerana hasil kemerdekaan yang kita kecapi. Fikir-fikirkanlah.. sanggupkah kita gadaikan apa yang kita ada???? Janganlah 'dengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan'.
Saturday, May 12, 2012
MEMPERINGATI IBUKU
Ibu ..engkaulah permata hatiku ... rimbunan tempatku berteduh. Engkau tidak pernah penat, letih, dan jemu melayan kerenah kami ... yang kadang kala menyusah dan memeningkan kepalamu. Siapalah kami tanpamu.... kerana syurga dibawah tapak kakimu. Pengorbananmu tak dapat digilis ganti ....hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Tidak cukup terima kasih yang dapat dilafazkan. Ampunkanlah dosa kami....Doa kami semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh....amin
Friday, May 11, 2012
66 TAHUN UMNO
Hari ini, adalah hari bersejarah bagi negara kita kerana UMNO yang merupakan parti utama dalam Barisan Nasional - terdahulu dari ini Perikatan - merayakan ulangtahun yang ke 66 tahun penubuhannya pada tahun 1946. UMNO bersama dengan MCA dan MIC telah berkerjasama membawa kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya menubuhkan negara Malaysia pada tahun 1963.
Siapa yang tak ingat Dato Onn Jaafar, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn,Tun Ghafar Baba dan ramai lagi yang lain....? Kalau tak tahu, ... bermakna kita tak tahu sejarah negara kita sendiri ..... tak tahu menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka.... tak tahu akar umbi negara kita. Tanpa perjuangan mereka mustahil kita akan dapat hidup seperti kini, bebas dan boleh mentadbir negara sendiri. Janganlah kita jadi 'kacang lupakan kulit'.....
Tokoh-tokoh UMNO seterusnya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato Seri Najib Abdul Razak, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan ramai lagi telah dan akan meneruskan perjuangan mereka yang lepas, walaupun bukan untuk menuntut kemerdekaan, tetapi tugas yang lebih mencabar iaitu megisi dan mengekalkan kemerdekaan. Semoga UMNO akan terus kekal, relevan dan berkesan... Hidup UMNO!!!!!
Labels:
1957,
1963,
66 tahun,
Barisan Nasional,
kemerdekaan,
Malaysia,
MCA,
MIC,
Onn Jaafar,
Perikatan,
Tanah Melayu,
Tunku,
UMNO
Monday, April 30, 2012
Runtuhnya Nilai, Akhlak dan Adab ...
Sedih...sedih..sedih...
Tanggal 28 April 2012 ... menampakkan keruntuhan nilai, adab serta akhlak segelintir masyarakat Malaysia yang tamakkan keduniaan, bertakhtakan dihati, bermaharajakan kepada emosi, dan paling teruk taksub kepada manusia bukannya kepada Illahi... subhanallah...
Undang-undang dan peraturan yang ada diperlekehkan dan dipersendakan. Bertindak ikut hati dan perasaan. Bukannya tak pandai, tak sekolah.... ramai yang belajar sampai universiti, ada yang dalam negeri, ada yang luar negeri, ada yang dapat biasiswa kerajaan, ada yang berpangkat tinggi.... tapi, tak faham undang-undang, buat ikut sesuka hati ..sedih... sedih.
Dimana maruah dirimu kini? Sekolah mengajar kita beradab; agama juga menitikberatkan nilai dan akhlak, emak dan bapa kita mengasuh kita menjadi manusia yang waras, beretika, mempunyai nilai murni dan hormat menghormati di antara manusia. Kini apa dah jadi?.... Undang-undang tidak dihormati!!!! Bertindak ikut sesuka hati...
Sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya sesebuah tamaddun didunia adalah kerana manusianya yang telah runtuh akhlak, nilai dan adab.... Kalau beginilah sikap orang Melayu seperti yang terjadi pada 28 April yang lalu, akan 'lenyaplah/hilanglah Melayu didunia'...
NB- Artikel ini telah diterbitkan dalam ruangan 'Forum' ms. 12 Utusan Malaysia 3.5.2012.
Tanggal 28 April 2012 ... menampakkan keruntuhan nilai, adab serta akhlak segelintir masyarakat Malaysia yang tamakkan keduniaan, bertakhtakan dihati, bermaharajakan kepada emosi, dan paling teruk taksub kepada manusia bukannya kepada Illahi... subhanallah...
Undang-undang dan peraturan yang ada diperlekehkan dan dipersendakan. Bertindak ikut hati dan perasaan. Bukannya tak pandai, tak sekolah.... ramai yang belajar sampai universiti, ada yang dalam negeri, ada yang luar negeri, ada yang dapat biasiswa kerajaan, ada yang berpangkat tinggi.... tapi, tak faham undang-undang, buat ikut sesuka hati ..sedih... sedih.
Dimana maruah dirimu kini? Sekolah mengajar kita beradab; agama juga menitikberatkan nilai dan akhlak, emak dan bapa kita mengasuh kita menjadi manusia yang waras, beretika, mempunyai nilai murni dan hormat menghormati di antara manusia. Kini apa dah jadi?.... Undang-undang tidak dihormati!!!! Bertindak ikut sesuka hati...
Sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya sesebuah tamaddun didunia adalah kerana manusianya yang telah runtuh akhlak, nilai dan adab.... Kalau beginilah sikap orang Melayu seperti yang terjadi pada 28 April yang lalu, akan 'lenyaplah/hilanglah Melayu didunia'...
NB- Artikel ini telah diterbitkan dalam ruangan 'Forum' ms. 12 Utusan Malaysia 3.5.2012.
Labels:
adab,
akhlak,
etika,
nilai,
Orang Melayu,
peraturan,
peristiwa 28 April,
undang-undang
Subscribe to:
Posts (Atom)